Sunday, July 13, 2008

WARGA SURIA 2008

GURU SESI PAGI
GURU SESI PETANG
STAF SOKONGAN
TAHNIAH DIUCAPKAN BUAT 2 ORANG GURU YANG DINAIKKAN PANGKAT. SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU MULAI 1 FEBRUARI 2009.

  1. EN ROSLI BIN MAHMUD - PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK, BERTAM, GUA MUSANG.

  2. EN NIZAM BIN MUSA - PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, SK PASIR DUSUN, JELI.
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA GURU-GURU BARU

  1. PN. WAN ROHANA BT. WAN ISMAIL

  2. EN. MOHD NASIR B. IDRIS

  3. PN. ANIDA BT. CHE ISMAIL

  4. PN. WAN AZIMAH BT. WAN ZIN

  5. PN. MAZLINA BT. AB. RAHMAN

  6. PN. AZIZAH BT. ISMAIL
SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT GURU-GURU YANG BERTUKAR

  1. EN SUHAIMI B HASSAN

  2. PN ROSNIAH BT ABDULLAH

  3. PN NOR SHAHANIM BT KASSIM

  4. PN NORMA BT YUSOFF

Thursday, July 10, 2008

MAKLUMAN PEPERIKSAAN UPSR

SEKITAR PENGUMUMAN UPSR 2008 13 NOVEMBER

66 ORANG PELAJAR MENDAPAT 5A UPSR 2008
GURU KELAS MENGUMUMKAN KEPUTUSAN UPSR BAGI SETIAP KELAS
GURU-GURU BERSAMA MURID PADA HARI PENGUMUMAN

MURID-MURID BERDEBAR MENANTIKAN KEPUTUSAN

TUAN GURU BESAR MENGUMUMKAN PERATUS PENCAPAIAN UPSR 2008

KEPUTUSAN UPSR 2008 TELAH DIUMUMKAN PADA HARI KHAMIS 13 NOVEMBER 2008. ALHAMDULILLAH 66 ORANG MURID MENDAPAT 5A DALAM UPSR 2008. INI ADALAH PENCAPAIAN YANG WAJAR DIBANGGAKAN KERANA INI ADALAH PERMULAAN MURID MENJAWAB SOALAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS!
TAKE-OFF VALUE UNTUK PPSMI ADALAH 66. INI ADALAH TITIK TOLAK KEARAH KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG DI TAHUN-TAHUN HADAPAN.

PANORAMA SEKOLAH

SESI ICTL

SESI ICTL2

SESI ICTL3






PERHIMPUNAN PAGI

PEMANDANGAN SEKOLAH

SAMBUTAN MAULUD NABI SAW

PEMANDANGAN SEKOLAH

PELAJAR CEMERLANG SURIA 1

TAMAN SAINS






KOLEKSI PROGRAM


























CERAMAH BIMBINGAN KAUNSELING

Majlis ceramah telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Wakil daripada IPD Tanah Merah, Kelantan (SM Norezan) dan AADK cawangan Tanah Merah (En.Arif Fazilah) telah menyampaikan ceramah kepada pelajar Tahun 6. Majlis tersebut telah diadakan pada 15 Julai 2008 ,jam2.15 petang. Ia bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid di SKSS (1), agar menjadi warga yang bebas dari kesalahan disiplin dan juga DADAH.

Majlis ceramah telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah menjemput wakil daripada IPD Tanah Merah,Kelantan(SM Norezan)dan AADK cawangan Tanah Merah(En.Arif Fazilah).Majlis tersebut telah diadakan pada 15 Julai 2008 ,jam2.15 petang.Ia bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid di SKSS(1),agar menjadi warga yang bebas dari kesalahan disiplin dan juga DADAH.

MAJLIS SUMBANGAN ZAKAT, CERAMAH JENAYAH DAN CERAMAH WARIS PINTAR AADK
PENDAFTARAN PESERTA

BACKDROP MAJLIS CERAMAH KES JUVANA DAN DIDIPLIN DIRI PELAJAR
ANTARA IBU BAPA DAN PELAJAR YANG HADIR

MAJLIS SUMBANGAN ZAKAT BANK RAKYAT, CERAMAH JENAYAH DAN WARIS PINTAR AADK
Majlis ini telah diadakan pada 15 Julai 2008 pada jam 2.00 petang dan telah dihadiri oleh para ibu bapa dan pelajar-pelajar. Antara pengisian majlis ini ialah Ceramah kesedaran Jenayah bertajuk Kes Juvana dan Disiplin Diri Pelajar telah disampaikan oleh wakil anggota polis IPK Tanah Merah. Seterusnya Ceramah Kesedaran AntiDadah iaitu program Waris Pintar oleh En Arif Fadzilah bin Mohd Hassan, Pegawai AADK Tanah Merah. Majlis diakhiri dengan penyampaian wang zakat oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Machang kepada pelajar-pelajar sekolah yang layak. Majlis bersurai pada jam 5.00 petang.

KEM SUBUR MINDA UPSR 2008





























KEM SUBUR MINDA UPSR 2008

Kem Subur Minda bagi calon-calon UPSR akan diadakan pada tarikh 10-12 Julai 2008 di Lata Hujan, Ulu Kusial. Diharap kem ini akan memberi impak maksima dalam menggarap kejayaan dan kecemerlangan bagi calon-calon UPSR 2008. Selamat Beriadah Sambil Belajar.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Peperiksaan pertengahan tahun diadakan pada 23,24 dan 25 Jun 2008. Harap semua pelajar membuat persiapan yang sebaik-baiknya untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Dan semua guru mendoakan kejayaan buat semua pelajar.

LAWATAN SEKOLAH

Suria 1 telah dilawati oleh guru-guru dan staf salah sebuah sekolah di Bangi, Selangor pada 13 Julai 2008 (Ahad). Seramai 40 orang guru dan staf sekolah tersebut meninjau aktiviti dan program sekolah disamping perbincangan dua hala untuk kemajuan sekolah masing-masing. Terima kasih diucapkan.

KOMPANG BERJAYA.

Pasukan Kompang Suria 1 telah berjaya mendapat naib Johan dalam pertandingan kompang yang diadakan pada minggu lalu. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan jurulatih. InsyaAllah tahun depan dapat Johan pulak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...