Saturday, January 30, 2010

PELANCARAN BUKU PERATURAN SEKOLAH SKSS1 2010


Pelancaran Buku Peraturan Sekolah oleh YBrs. YM Tn. Hj. Tengku Hamzah bin Ku Seman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1 diadakan pada Ahad, 31 Januari 2010. Buku Peraturan Sekolah ini akan menjadi rujukan warga Suria 1 dalam menetapkan 'standard' disiplin di kalangan murid-murid. Unit HEM yang diketuai oleh YBrs. En. Sahimi bin Mohamad selaku Penolong Kanan HEM, telah mengambil langkah pertama untuk mendokumentasikan semua peraturan sekolah di dalam sebuah buku kecil yang lengkap.

  Plak Simbolik Pelancaran Buku Peraturan Sekolah

 Tuan Guru Besar sedang menandatangani Perasmian Buku Peraturan Sekolah.

 
 Belon udara akan dilepaskan sebagai simbolik majlis pelancaran.

 
 Semua murid menjulang Buku Peraturan Sekolah yang menjadi nadi sahsiah cemerlang.

PK HEM, En Sahimi bergambar bersama Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid SK Sri Suria 1 sesi 2010.

Friday, January 29, 2010

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH, PSS, SPBT, KETUA KELAS & PENOLONG TAHUN 2010

Sinar Harian - 3.2.2010

Kem Kepimpinan diadakan pada 29 dan 30 Januari 2010 bermula jam 7.45 pagi hingga 12.30 pagi di SK Sri Suria 1. Perasmian Penutup adan dilangsungkan esok oleh Tn. Hj. Tg. Hamzah b. Ku Seman, Guru Besar SK Sri Suria 1.


Program ini diadakan untuk mendedahkan kepimpinan kepada pemimpin-pemimpin kecil di sekolah dan sebagai teladan yang baik kepada murid-murid yang lain. Sehubungan dengan itu, ianya juga diharap akan dapat menyuburkan jati diri mereka sebagai pemantau disiplin di sekolah yang dihormati dan disegani. Ini juga sebagai latihan untuk mereka menjadi pemimpin yang bertanggungjawab terhadap tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.

Pengawas Sekolah Tahun 6 bergambar bersama Pentadbir Sekolah

Antara pengawas yang hadir ialah seramai 135 orang Pengawas sekolah, 84 orang Pengawas PSS, 49 orang Pengawas SPBT dan 21 orang Ketua dan Penolong Ketua Kelas.

Pengawas Sekolah Tahun 5
Pengawas Sekolah Tahun 4 dan 3
Pengawas Pusat Sumber Tahun 6 dan 5
Pengawas Pusat Sumber Tahun 4 dan 3
Pengawas SPBT
Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
KEPADA SEMUA PENGAWAS SKSS1: SELAMAT MENJALANKAN TUGAS!


Wednesday, January 27, 2010

RESIPI KEJAYAAN SK BANDAR UDA 2

BACA YASSIN, SALAM GURU RESIPI KEJAYAAN SK BANDAR UDA 2


FUZIAH menerima ucapan tahniah daripada murid berikutan Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, semalam.

JOHOR BAHRU: Amalan membaca surah Yasin dan bersalaman dengan guru sebelum memulakan pembelajaran adalah antara resipi kejayaan Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 (SKBU 2) di sini, yang menjadi kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Guru Besarnya, Fuziah Hasan, berkata dua perkara berkenaan menjadi amalan harian guru dan murid sejak dulu lagi bagi memastikan ilmu dicurahkan secara ikhlas serta mendapat lebih berkat. "Bersalam dengan guru juga bertujuan mendapat keredaan. Setiap kali murid menghulurkan tangan, guru akan mendoakan kesejahteraan dan kejayaan murid," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

SKBU 2 yang mempunyai 91 guru dan 1,652 murid adalah antara 20 SBT yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin. Tahun lalu, SKBU 2 menerima Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan pada 2007 pula memenangi Anugerah Sekolah Cemerlang peringkat kebangsaan.

Sementara itu, Ketua Panitia Matematik yang juga satu-satunya guru berbangsa Cina di sekolah berkenaan, Darren Kua, 30, berkata SKBU 2 bertuah kerana mempunyai guru besar seperti Fuziah. "Beliau tidak henti-henti memberikan kami kekuatan dalam mengajar murid, malah pencapaian subjek Matematik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu mencatat 100 peratus lulus. "Saya sendiri mendidik murid-murid seperti anak sendiri termasuk memberi tuisyen dan latih tubi sehingga saya tidak kira penat lelah asalkan mereka berjaya," katanya.

Ketua murid, Amin Khalili Roslan, 12, berkata kesungguhan dan keikhlasan guru mencurahkan ilmu menjadi antara faktor kejayaan sekolah berkenaan. "Sebagai ketua murid pula, saya akan memastikan rakan di sekolah ini berdisiplin dan tidak menyusahkan guru atau ibu bapa, selain komitmen belajar diberikan sepanjang pembelajaran berlangsung di kelas bagi membantu mengekalkan kecemerlangan dan keceriaan di sekolah ini," katanya.

Source: Berita Harian Online: 27 Januari 2010

Tuesday, January 26, 2010

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI-TAHNIAH SK ZAINAB 2!

Sekalung tahniah kami ucapkan kepada semua warga SK Zainab 2 yang telah tersenarai sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi negeri Kelantan. Sesungguhnya kejayaan ini menjadi pendorong dan motivasi buat kami warga SK Sri Suria 1 untuk mengorak langkah ke arah mencapai misi dan visi kami dalam memartabatkan bidang pendidikan. Sekali lagi, tahniah dan syabas!



Petikan Utusan Malaysia Online.
Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia. Daripada 20 buah sekolah tersebut, 10 buah adalah sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan.

Berikut adalah senarai penuh SBT 2010:
1.Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
2.Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
3.Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
4.Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5.Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
6.SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
7.Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
8.Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
9.Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
10.SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
11.SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
12.Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
13.Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
14.SMS Muzaffar Syah, Melaka.
15.Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
16.SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
17.SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
18.SK Convent Kota, Taiping, Perak.
19.SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
20.SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

Mengikut Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekolah yang memenuhi kriteria SBT diberikan kuasa autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid. Pelajar juga boleh menamatkan persekolahan lebih awal setahun melalui kaedah lompat kelas.
Source: Utusan Online


EBOOK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH

Penggunaan e-Book di dalam Kelas.
Tahniah semua guru dan murid SK Kampung Nangka, Besut, Terengganu.


Pada 12 Julai tahun lalu, seramai 49 murid Tahun 5 SK Kampung Nangka telah menerima e-Book daripada Kerajaan Negeri Terengganu. Terengganu telah memperkenalkan penggunaan komputer riba mini atau "e-book" yang pertama di Malaysia kepada murid sekolah rendah bagi menggantikan buku teks sebagai alternatif bagi mengatasi masalah beg sekolah berat yang dihadapi murid serta seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa. Ini merupakan satu perkembangan baik untuk kemajuan pendidikan yang bakal melonjakkan lagi pencapaian Terengganu dalam bidang pendidikan. Selamat Berjaya!

*Nota Pengarang: Alangkah baiknya kalau semua murid di seluruh negara dapat memanfaatkan kemudahan ebook ini untuk pembelajaran seharian mereka. Pengarang harap suatu masa nanti impian ini akan terlaksana.

MESYUARAT AKTIVITI PROGRAM GPB/PICT KELOMPOK PKG IPOH (1) 2010

Pada hari ini, Selasa 26 Januari 2010 telah berlangsung Mesyuarat Aktiviti Program Guru Penyelaras Bestari/Penyelaras ICT Kelompok PKG Ipoh kali pertama bagi tahun 2010. Mesyuarat membincangkan mengenai Pengemaskinian data GPB, Pemantauan dan Khidmat Bantu PKG ke sekolah, Laporan SPPICT/SSQS/STS, Senarat Tugas FT/GPB, Perisian Antivirus, Penggantian Komputer, LAN KPM, Buku Pengurusan PSS/Makmal Komputer, Keperluan Bengkel dan lain-lain.Seramai 31 orang guru penyelaras daripada sekolah-sekolah di daerah Tanah Merah menghadiri mesyuarat tersebut.



En Rosdi b. Harun (PKG Ipoh) sedang mempengerusikan mesyuarat.

Antara guru-guru penyelaras yang hadir.

Penerangan daripada En Wan Haide b. Wan Idris (PKG Ipoh)

Sunday, January 24, 2010

SELAMAT BERTUGAS DI SK SRI SURIA 1 2010

EN. MOHD ZABIDEE B. RAZALI - MATEMATIK
CIK FAZLINA HANIM BT ZAINAL AZIZ (BI & MATE)
 
EN. MOHD ZAID BIN SULAIMAN
(BM & SAINS)
PN. ZAWAHIN BT HUSSIN
(PRA-SEKOLAH)

PN. JAWAHIR BT MUHAMMAD
(SAINS & KT)

EN. NORDIN BIN MOHAMMAD
(KETUA PEGAWAI TADBIR)
EN. HUSSIN SAID
(PT PERKHIDMATAN)
PN. ROHANA YAACOB
(PT KEWANGAN)
PN. SUBARNI BT IBRAHIM
(PAP-N4)
NOORHASLIZA BT OTHMAN
(PEND. ISLAM & KT)

NIK HASNI BT NIK HUSSAIN
(ENGLISH)

Saturday, January 23, 2010

SELAMAT JALAN, JASAMU DIKENANG

Antara guru-guru yang bertukar pada bulan Januari 2010 ialah En Mohd Amin bin Mamat  (Penyelaras PSS) dan En Mohd Tarmizi bin Yaacob (Guru Data). Kedua-dua orang guru ini bertukar ke SK Kelewek. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa bakti yang telah dicurahkan buat warga SK Sri Suria 1. Hanya Allah swt sahajalah yang memberi ganjaranNya. Selamat bertugas di sekolah baru.


En Mohd Amin bin Mamat

En Mohd Tarmizi bin Yaacob

En Azmi bin Ismail (SU Kurikulum)
Beliau telah bertukar ke SK Bechah Durian, Pasir Mas mulai 1 Januari 2010. Selamat bertugas di tempat baru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...