Wednesday, April 28, 2010

GURU BAHASA INGGERIS DI IPG

TANAH MERAH 26 April - Sekumpulan 360 orang guru Bahasa Inggeris dari England akan diambil dan ditempatkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara Jun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, guru berkelulusan sarjana itu akan berada di semua IPG terbabit selama tiga tahun bagi mengajar bahasa berkenaan kepada guru-guru pelatih.

''Mereka akan menggunakan modul khas bersifat interaktif melibatkan pembacaan, penulisan dan kemahiran.

"Kita mahukan guru-guru mempelajari Bahasa Inggeris daripada 'penutur jati' iaitu mereka yang sememangnya menggunakan bahasa tersebut dalam kehidupan seharian," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009 peringkat Parlimen Tanah Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing di sini semalam.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Hussain Awang. Seramai 791 pelajar menerima anugerah masing-masing pada majlis itu.

Mohd. Puad berkata, usaha membawa guru berkenaan menunjukkan keprihatinan kerajaan tentang kepentingan untuk memartabatkan bahasa itu di kalangan pelajar.

Menurutnya, ini kerana para pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai corak pembelajaran Bahasa Inggeris bagi melengkapkan mereka dengan cabaran kerjaya masa depan.Namun begitu tambahnya, kerajaan sama sekali tidak mengetepikan usaha untuk mengukuhkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Source: Utusan Malaysia Online: 27 April 2010

Tuesday, April 27, 2010

JANGAN DENDA LARI KELILING PADANG?

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

AKTIVITI larian dianggap kurang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Persatuan Fisioterapi Malaysia (MPA) mahu hukuman berlari mengelilingi padang yang dikenakan ke atas murid sekolah rendah kerana kesalahan tertentu ditukar kepada hukuman lain kerana hukuman itu dibimbangi boleh mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan dalaman.

Presidennya, Dr. Balwant Singh Bains berkata, kanak-kanak tidak digalakkan untuk berlari anak kerana kira-kira 80 peratus daripada tubuh badan mereka mudah terdedah kepada kecederaan.

"Tidak semua orang dilahirkan mampu berlari pada jarak jauh dan berlari tanpa pemeriksaan betul boleh menimbulkan masalah pada otot, ligamen dan tendon.

"Untuk hukuman di sekolah- sekolah, kita lihat pelajar-pelajar diminta untuk berlari mengelilingi padang dua atau tiga pusingan, jadi saya berharap Kementerian Pelajaran khususnya para guru patut mencari hukuman yang lain," kata Balwant.

Source: Kosmo Online 25 April 2010

Wednesday, April 21, 2010

BENGKEL NKRA SURIA 1

Perbengkelan bagi menentukan SKPM sekolah berdasarkan GPMP sekolah telah diadakan pada 21 April yang disertai oleh semua guru penyelaras tahun masing-masing bersama guru-guru kelas. Alhamdulillah bengkel ini telah berjaya mendedahkan kepada semua guru yang terlibat tentang cara-cara pengiraan gred purata pencapaian mata pelajaran. Bengkel dikendalikan oleh En Ahmad Rafidi Shaari dari Unit Peperiksaan SK Sri Suria 1. Tahniah dan syabas!

Tuesday, April 20, 2010

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA WARGA SURIA 1

1. CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN 2010

Dimaklumkan bahawa hari Sabtu 24 April 2010 adalah Hari Persekolahan Ganti sempena perayaan Aidilfitri tahun 2010 yang akan disambut pada 13 September 2010 (Cuti Berganti). Jadual waktu hari Isnin akan digunapakai untuk persekolahan pada hari Sabtu ini. Sekian dimaklumkan. (Sila rujuk surat siaran yang telah diedarkan kepada anak tuan/puan.)

2. PEPERIKSAAN KELAS KAFA BAGI MURID-MURID TAHUN 2,3,4 DAN 5.

Peperiksaan di atas akan dijalankan pada bulan Jun dan November 2010. Kertas ujian akan dibekalkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah dengan bayaran RM5.00 setiap orang murid. Bayaran hendaklah dijelaskan kepada guru kelas Fardhu Ain anak-anak tuan/puan. Sekian dimaklumkan.(Sila rujuk surat siaran yang telah diedarkan kepada anak tuan/puan.)

Sunday, April 18, 2010

SURIA 1 GUNA 'PUNCH CARD' MULAI 18 APRIL 2010

Warga SK Sri Suria 1 mula menggunakan sistem 'punch card' untuk merekod kedatangan dan masa pulang mulai 18 April 2010. Alhamdulillah, sistem ini telah berjaya digunakan dengan jayanya dan mewujudkan suatu fenomena baru bagi semua warga yang selama ini menulis kedatangan dan waktu pulang di Buku Kedatangan.




Saturday, April 17, 2010

MAJLIS PENUTUP KEM 3G BI, BM, SC DAN MATH FASA 1 2010

Majlis Perasmian Penutup Kem Gerak Gempur Gemilang Fasa 1 bagi semua mata pelajaran teras telah diadakan pada jam 3.30 petang, 17 April 2010. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. YM Tuan Haji Tengku Hamzah bin Ku Seman, Guru Besar, SK Sri Suria 1. Tuan Guru Besar dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid-murid yang telah berjaya menghadiri kem ini dengan jayanya dalam 2 sesi iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu minggu lepas dan juga minggu ini. Beliau juga menyeru semua murid mengamalkan segala ilmu pengetahuan dan teknik pembelajaran yang telah didapati daripada kem ini untuk mempertingkatkan pencapaian dalam bidang akademik. Beliau juga menegaskan bahawa untuk mencapai kejayaan, usaha yang bersungguh-sungguh haruslah digembeling sejak awal lagi. Majlis turut dihadiri oleh PK Pentadbiran, Pn Hjh Wan Saudah bt Wan Mohammod dan juga PK HEM, En Sahimi bin Mohamad.



BENGKEL PENGHASILAN BAHAN SAL/PAK

Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan Bengkel Penghasilan Bahan untuk Self-Access Learning atau Pembelajaran Akses Kendiri di bawah Pusat Sumber Sekolah. Bengkel ini diadakan di Bilik SAL/PAK pada 17 April 2010 dengan sasarannya semua guru mata pelajaran Bahasa Inggeris.


Thursday, April 15, 2010

KEM 3G (GERAK GEMPUR GEMILANG) MATEMATIK DAN SAINS FASA 1

Kem 3G (Gerak Gempur Gemilang) Fasa 1 bagi mata pelajaran Matematik dan Sains akan diadakan pada 16 hingga 17 April 2010. Kem bermula seawal jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Kem 3G Sains dengan sasarannya semua murid Tahun 6 diadakan bagi mempertingkatkan penguasaan murid terhadap fakta Sains dan melatih murid menjawab soalan Bahagian B dengan teknik yang betul. Selain itu, ia juga memberi penekanan kepada topik-topik yang masih belum dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid.


Manakala bagi Kem 3G Matematik pula, rasionalnya ialah untuk menarik minat murid menjawab soalan-soalan dengan kaedah yang betul. Di samping itu juga, bagi memupuk semangat dan jati diri dalam mempelajari mata pelajaran ini dengan tekun dan sistematik. Adalah diharapkan dengan terlaksananya kem tersebut akan membantu murid-murid untuk menjawab soalan-aoalan peperiksaan dengan betul dan tepat.


Monday, April 12, 2010

SOLAT HAJAT KHAS

Pada hari Isnin, 12 April 2010, suatu majlis Solat Hajat telah diadakan di Dataran Suria. Antara tujuan diadakan solat hajat semua warga sekolah adalah untuk memohon keberkatan dalam kerjabuat sepanjang tahun ini terutamanya dalam mengekalkan dan meningkatkan pencapaian kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Majlis dimulai dengan zikir, diikuti dengan bacaan Surah Yaasin bersama-sama yang dikepalai oleh Ustaz Wan Hasan bin Wan Abu Bakar. Solat hajat telah diimamkan oleh Ustaz Wan Ibrahim bin Wan Ali.









KEM BESTARI SOLAT



KEJOHANAN BOLA JARING MSSD 2010

Pics Kejohanan Bola Jaring Peringkat MSSD Tanah Merah 2010. Sila lihat selanjutnya di Blog KoKurikulum. 

PICS CABUTAN BERTUAH SEMPENA PAMERAN BUKU SKSS1 2010


Tahniah kepada semua penerima hadiah cabutan bertuah! Tahniah juga kepada Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah yang telah berjaya mengadakan Pameran Buku Peringkat Sekolah 2010!

PICS KEM 3G BI DAN BM 2010



Kem 3G (Gerak Gempur Gemilang) bagi subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu telah diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu, 9 dan 10 April 2010 yang disertai oleh semua murid Tahun 6 dan guru-guru subjek sebagai Fasilitator.

PERTANDINGAN PPDa PERINGKAT SEKOLAH

Pertandingan Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah telah diadakan pada 28 Mac hingga 1 April 2010 lalu dengan tema '1 Malaysia Membanteras Dadah'.

Bagi Kategori PraSekolah (Pertandingan Mewarna), pemenang-pemenangnya adalah:
PraSekolah A;
1. Mohd Hafiz Zhafran Mohd Hamydy
2. Hanieeysya Kharunshahron
3. Alya Batrisya Kamarulzaman
PraSekolah B;
1. Nur Nisa Nadhirah Roslan
2. Nur Adilah Hanim Arifin
3. Muhammad Fadhlan Mua'llim Ahmad Fauzi
Manakala bagi Kategori Pertandingan Mewarna Tahun 1 pula, murid-murid berikut telah berjaya;
1. Danish Danial -1A
2. Zalikha Asmah -1A
3. Wan Nur Amiera -1A
Seterusnya bagi Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 pula, pemenang-pemenangnya adalah;
1. Nur Munira Syafiqa Mohd Zaini -5A
2. Ilyana Alisya Mat Radzi -5A
3. Nur Syazwani Mohd Nawi -5A
Antara pemenang Pertandingan Mengarang Tahap 2 pula adalah seperti berikut;
1. Nur Farah Najia Che Hassan -6A
2. Noor Samhana Mohd Arifin -6A
3. Nureen Naili Ab Aziz -6A

Pada 23 hingga 25 Mac 2010 yang lalu, sekolah telah menghantar seorang murid Tahun 6A iaitu Nurul Ashikin Mohd Eshri,  bagi menyertai Kursus Fasilitator Sahabat PPDa-Petronas Peringkat Negeri Kelantan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Petronas. Kursus ini telah diadakan di Taman Rehlah, Pasir Puteh, Kelantan. Syabas diucapkan daripada warga sekolah!

PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS

Pertandingan Keceriaan Kelas diadakan pada setiap minggu mulai bulan Februari 2010 lalu. Ini bertujuan untuk memupuk budaya menjaga keceriaan dan kebersihan kelas. Untuk Minggu ke 14, kelas-kelas 1B, 4C, 5A (3 minggu berturut-turut) dan 6B telah keluar sebagai Johan.

Sebagai menghargai komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh kelas 5A yang telah 3 minggu berturut-turut menjadi Johan, semua murid 5Arif dan guru kelas akan menerima hadiah berupa makanan percuma di kantin pada hari dan tarikh yang akan ditetapkan oleh jawatankuasa. Menunya ialah nasi ayam, buah-buahan dan air. Tahniah!

Tuesday, April 6, 2010

UJIAN PERMATApintar UKM1 TAHUN 2010 KINI BERMULA

Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.

1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).

Keperluan system:
1. Komputer dan tetikus
2. Capaian internet yang stabil
3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)

Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.

*Nota:
1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.
2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke mukasurat terakhir anda.
3. Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke mukasurat permulaan dan anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke mukasurat terakhir anda.

Sila klik di sini atau banner di bawah: http://www.permatapintar.edu.my/




PELUANG KERJA SAMBILAN PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar 2010

JAWATAN:
1. Pengajar
2. Pembantu Akademik
3. Pembantu Pelajar
4. Kaunselor
5. Pengurus Tapak
6. Pengurus Akademik
7. Pengurus Pelajar
8. Pengurus Pejabat
JENIS KERJAYA: Kontrak
KEMUDAHAN: Elaun, kemudahan penginapan / makanan
TEMPOH BERTUGAS: 28 Nov 2010 – 17 Dis 2010

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 Mei 2010

Untuk maklumat lanjut sila klik disini untuk muat turun dokumen.
JIKA BERMINAT HUBUNGI KAMI:
Sila hantar resume-CV kepada
permatapintar@ukm.my

Pusat PERMATApintar Negara
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Monday, April 5, 2010

ZEST FOR SUCCESS PHASE 1 2010

The 'Zest for Success' Programme will be held this Friday, 9th April 2010. All Year 6 pupils will be involved in this programme. The objectives of the programme are to motivate the pupils to love English Language subject, to prepare them for the coming UPSR as well as to provide different types of model questions. Pupils need input of various kinds of questions in order to improve their skills and competencies in the paper. 


There will be 4 slots with the involvement of 14 teachers who will act as facilitators in the workshop. The Head of the English Language Panel, Mdm. Nor Azilawati bt Badruddin noted that this programme will be held in 2 phases throughout the year to maintain the pupils' achievement in the subject.

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA GURU : E-GTUKAR & EMIS Portal

1. PERTUKARAN JUN 2010.
Permohonan Pertukaran Guru antara Negeri, antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2010 untuk guru-guru DGA29, DG41, DG32(KUP) dan DG44(KUP) secara online bagi seluruh negara telah dibuka mulai 1 hingga 25 April 2010. Permohonan boleh dibuat menerusi Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) di laman PERMOHONAN PERTUKARAN GURU JUN 2010. Sila cetak 2 salinan borang yang telah dilengkapkan dan serahkan kepada Guru Besar dan Guru Data Sekolah.

(Sila gunakan Internet Explorer)

2. EMIS ONLINE.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) telah menyediakan satu lagi kemudahan iaitu Login Guru dalam EMIS Online. Kemudahan ini membolehkan guru-guru untuk menyemak maklumat individu. Guru-guru juga boleh membuat Perubahan/Penambahan kepada 2 submodul iaitu Mata Pelajaran diAjar dan Sejarah Perkhidmatan masing-masing. Sila layari Portal EMIS untuk membuat perubahan atau penambahan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Guru Data Sekolah, Pn Nur Azwani. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.


Sunday, April 4, 2010

PAMERAN BUKU PERINGKAT SEKOLAH 2010

Pameran Buku Peringkat Sekolah dilangsungkan pada 4 dan 5 April 2010.



MOHD. AQIL SYAHMIN MENYERLAH DALAM TAEKWANDO!

Murid SK Sri Suria 1, Mohd. Aqil Syahmin bin Md. Jailani dari Tahun 6 Cemerlang keluar sebagai Johan dengan menggondol Pingat Emas Kategori Sparring (Light) dalam Kejohanan Taekwando Remaja Jemputan Rakan Waja Diri Kali Ke-5 yang telah dilangsungkan di Kompleks Silat Negeri, Pulau Pinang pada 27 hingga 28 Mac 2010 lalu. Tahniah dan Syabas buat adik Mohd. Aqil Syahmin.

Adik Mohd Aqil Syahmil bersama Tuan Guru Besar, Hj. Tg. Hamzah bin Ku Seman. Adik Mohd Aqil menerima Hadiah Galakan Kecemerlangan KoKurikulum daripada Tuan Guru Besar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...