Showing posts with label MAKLUMAN. Show all posts
Showing posts with label MAKLUMAN. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Kami warga SK Sri Suria 1 mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri kepada semua ibu bapa dan penjaga serta murid-murid.


Sekolah akan dibuka semula pada 14 September 2010 dan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah akan diadakan pada 15 September 2010. 

Wednesday, September 1, 2010

PEMBERITAHUAN PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2011

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Januari 2011 untuk guru DGA29, DGA32(KUP), DG41 dan DG44(KUP) melalui e-GTukar yang akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2010.

PERMOHONAN BOLEH DIBUAT DI LAMAN WEB : http://apps.emoe.gov.my/epgo

Guru-guru yang memohon bertukar dikehendaki menyerahkan SATU SALINAN BORANG PERMOHONAN kepada GURU BESAR bagi tujuan pengesahan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Guru Data sekolah.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

NUR AZWANI BT HAMAT
Guru Data/EMIS
SK Sri Suria 1

Monday, August 30, 2010

PELAKSANAAN PENGISIAN PPPLD (KUP) KE HAKIKI DGA32

Makluman untuk semua guru berkenaan PELAKSANAAN PENGISIAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPLD) YANG DINAIKKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) KE JAWATAN HAKIKI GRED DGA32.

Mana-mana guru yang layak memohon ( lantikan KUP 01.01.2000 hingga 31 Disember 2004) sila ambil borang di pejabat sekolah dan borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum 06 September 2010.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

 Pejabat
SKSS(1)

Tuesday, July 20, 2010

PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE PRASEKOLAH BAGI PERSEKOLAHAN TAHUN 2011

Kepada semua ibu bapa/penjaga.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah Jabatan Pelajaran Kelantan telah menyeragamkan tarikh mengeluarkan iklan permohonan ke Prasekolah bermula 15 Julai hingga 15 Ogos 2010.

Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2005 hingga 1.1.2006 dan 2.1.2006 hingga 1.1.2007 layak memohon. Borang Permohonan kelas Prasekolah boleh diperolehi di sekolah seperti berikut;

Tarikh: 15 Julai - 15 Ogos 2010
Hari:     Hari Bekerja.
Masa:  Waktu Pejabat.

Ibu bapa/Penjaga perlu membawa Sijil Lahir kanak-kanak berkenaan bagi mendapatkan Borang Permohonan. Kerjasama dan keprihatinan tuan puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

Thursday, May 20, 2010

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS ANJURAN JPN DAN PUSTAKA NEGERI KELANTAN

Pertandingan tersebut akan diadakan mengikut butiran berikut:

TARIKH : 26 MEI 2010
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : PPD TANAH MERAH
PENYERTAAN : SEMUA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
PESERTA : SEORANG WAKIL UNTUK BAHASA MELAYU
SEORANG WAKIL UNTUK BAHASA INGGERIS
TAJUK : AKAN DIBERIKAN PADA HARI PERTANDINGAN
KELENGKAPAN : SILA BAWA PERALATAN MENULIS. KERTAS AKAN DISEDIAKAN.
Kepada semua pelajar SK Sri Suria 1, sila dengar pengumuman daripada pihak sekolah untuk butiran selanjutnya.

Wednesday, May 19, 2010

PENGUMUMAN KEPADA PELAJAR TAHUN 6 2009

MAJALAH SEKOLAH TAHUN 2009 SUDAH BOLEH DIAMBIL MELALUI GURU KELAS MASING-MASING PADA TAHUN 2009 LALU PADA MASA PERSEKOLAHAN. SEKIAN DIMAKLUMKAN.


Sunday, May 9, 2010

KEJOHANAN BALAPAN, PADANG DAN SUKANEKA SK SRI SURIA 1 KE 31

Kejohanan Balapan, Padang dan Sukaneka SK Sri Suria 1 Kali ke-31 Tahun 2010 akan diadakan sebagaimana berikut;

Sukan Awal  : Isnin dan Selasa, 10 dan 11 Mei 2010 (7.45 pagi hingga 12.45 tengahari)
Sukan Akhir : Rabu, 12 Mei 2010 ( 7.45 pagi - 12.00 tengahari & 2.00 petang - 6.40 petang)

Semua murid termasuk murid tahun 2 dan 3 dikehendaki datang ke sekolah pada sesi pagi pada hari dan tarikh di atas. Sekian dimaklumkan.

Friday, May 7, 2010

MAKLUMAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM

Pada 22 April 2010 lalu (Khamis), 3 orang murid SK Sri Suria 1 telah mewakili Zon TQE 1 dalam Kejohanan Bola Tampar MSSD Tanah Merah dan telah mencapai Naib Johan. Murid-murid tersebut adalah Nur Athirah bt Che Hassan Azmi (6 Arif), Wan Nur Syahirah bt Wan Muhd Subri (6 Arif) dan Nurhidayah bt Hamzah (5 Dinamik).

Sementara itu SK Sri Suria 1 telah menghantar 11 orang peserta dalam Kejohanan Catur MSSD Tanah Merah. 6 orang peserta kategori bawah 12 tahun lelaki dan 5 orang peserta kategori bawah 12 tahun perempuan. Keputusannya adalah 5 orang peserta telah berjaya mewakili PPD Tanah Merah ke Peringkat Negeri Kelantan. Dalam Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki, peserta sekolah telah mendapat tempat pertama, kedua, kelima dan keenam sementara bagi Kategori Bawah 12 Tahun perempuan, peserta sekolah telah mendapat tempat pertama. Guru pembimbing mereka ialah Ustaz Safuan bin Hassan. Tahniah dan syabas!

Thursday, May 6, 2010

SEMAKAN & KEMASKINI MAKLUMAT PENDAFTARAN PTK SESI JUN 2010

Makluman kepada semua warga pendidik.
Semakan dan kemaskini maklumat pendaftaran PTK sesi Jun 2010 boleh dibuat secara online 
melalui laman web 
atau terus ke 

Calon dikehendaki mencetak slip PTK. Permohonan pembetulan maklumat peribadi dan menarik diri ditutup pada 10 Mei 2010. Harap maklum.

atau klik pada banner dibawah;

Tuesday, April 20, 2010

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA WARGA SURIA 1

1. CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN 2010

Dimaklumkan bahawa hari Sabtu 24 April 2010 adalah Hari Persekolahan Ganti sempena perayaan Aidilfitri tahun 2010 yang akan disambut pada 13 September 2010 (Cuti Berganti). Jadual waktu hari Isnin akan digunapakai untuk persekolahan pada hari Sabtu ini. Sekian dimaklumkan. (Sila rujuk surat siaran yang telah diedarkan kepada anak tuan/puan.)

2. PEPERIKSAAN KELAS KAFA BAGI MURID-MURID TAHUN 2,3,4 DAN 5.

Peperiksaan di atas akan dijalankan pada bulan Jun dan November 2010. Kertas ujian akan dibekalkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah dengan bayaran RM5.00 setiap orang murid. Bayaran hendaklah dijelaskan kepada guru kelas Fardhu Ain anak-anak tuan/puan. Sekian dimaklumkan.(Sila rujuk surat siaran yang telah diedarkan kepada anak tuan/puan.)

Tuesday, April 6, 2010

UJIAN PERMATApintar UKM1 TAHUN 2010 KINI BERMULA

Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.

1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).

Keperluan system:
1. Komputer dan tetikus
2. Capaian internet yang stabil
3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)

Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.

*Nota:
1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.
2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke mukasurat terakhir anda.
3. Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke mukasurat permulaan dan anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke mukasurat terakhir anda.

Sila klik di sini atau banner di bawah: http://www.permatapintar.edu.my/




PELUANG KERJA SAMBILAN PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar 2010

JAWATAN:
1. Pengajar
2. Pembantu Akademik
3. Pembantu Pelajar
4. Kaunselor
5. Pengurus Tapak
6. Pengurus Akademik
7. Pengurus Pelajar
8. Pengurus Pejabat
JENIS KERJAYA: Kontrak
KEMUDAHAN: Elaun, kemudahan penginapan / makanan
TEMPOH BERTUGAS: 28 Nov 2010 – 17 Dis 2010

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 Mei 2010

Untuk maklumat lanjut sila klik disini untuk muat turun dokumen.
JIKA BERMINAT HUBUNGI KAMI:
Sila hantar resume-CV kepada
permatapintar@ukm.my

Pusat PERMATApintar Negara
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Monday, April 5, 2010

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA GURU : E-GTUKAR & EMIS Portal

1. PERTUKARAN JUN 2010.
Permohonan Pertukaran Guru antara Negeri, antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2010 untuk guru-guru DGA29, DG41, DG32(KUP) dan DG44(KUP) secara online bagi seluruh negara telah dibuka mulai 1 hingga 25 April 2010. Permohonan boleh dibuat menerusi Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) di laman PERMOHONAN PERTUKARAN GURU JUN 2010. Sila cetak 2 salinan borang yang telah dilengkapkan dan serahkan kepada Guru Besar dan Guru Data Sekolah.

(Sila gunakan Internet Explorer)

2. EMIS ONLINE.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) telah menyediakan satu lagi kemudahan iaitu Login Guru dalam EMIS Online. Kemudahan ini membolehkan guru-guru untuk menyemak maklumat individu. Guru-guru juga boleh membuat Perubahan/Penambahan kepada 2 submodul iaitu Mata Pelajaran diAjar dan Sejarah Perkhidmatan masing-masing. Sila layari Portal EMIS untuk membuat perubahan atau penambahan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Guru Data Sekolah, Pn Nur Azwani. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.


Monday, March 29, 2010

KEPUTERAAN AL SULTAN KELANTAN. DAULAT TUANKU!


Tanggal 30 dan 31 Mac 2010 adalah merupakan ulangtahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra. Sama-samalah kita doakan agar baginda kembali sihat sejahtera dan memerintah negeri Kelantan Darul Naim dengan aman dan sentosa. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Saturday, March 27, 2010

MAKLUMAN PAMERAN BUKU DI SURIA 1

Makluman kepada semua guru, kakitangan serta murid SK Sri Suria (1). Pameran tersebut akan diadakan pada;
Tarikh       : 4 dan 5 April 2010
Tempat     : Dataran Suria SK Sri  Suria (1)
Masa        : 8.00pagi - 4.00 petang
Majlis ini akan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, SK Sri Suria 1. Kami berbesar hati menjemput murid-murid dan guru-guru dari sekolah-sekolah sekitar untuk sama-sama memeriahkan lagi pameran ini.

Tuesday, March 23, 2010

MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2010

Makluman kepada semua warga sekolah, ibu bapa dan penjaga : Mesyuarat Agung PIBG sesi 2010 akan diadakan pada hari Sabtu, 27 Mac 2010. Majlis akan bermula pada jam 8.30 pagi. Para ibu bapa / penjaga dijemput menghadiri mesyuarat di atas. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.


Thursday, March 4, 2010

LAMAN WEB VIDEO UNTUK KANAK-KANAK

Laman web yang memaparkan video-video pendidikan dan sebagainya yang bersesuaian dengan dunia kanak-kanak di http://www.kideos.com/

Monday, March 1, 2010

PERMOHONAN PENEMPATAN, PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2011 DAN 2012

Tarikh: 1 Mac 2010 hingga 31 Mac 2010
Tempat: Pejabat Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1, Tanah Merah, Kelantan.

1. Pendaftaran bagi kanak-kanak yang lahir 2.1.2005-1.1.2006 (Tahun Persekolahan 2012)
2. Semakan Pendaftaran bagi kanak-kanak yang lahir 2.1.2004-1.1.2005 (Tahun Persekolahan 2011)

Ibu bapa/penjaga yang berkenaan dikehendaki hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan di atas dengan membawa;
a. Surat Beranak/Sijil Kelahiran Asal
b. 1 Salinan Fotostat Surat Beranak/Sijil Kelahiran

Masa berurusan dengan pihak sekolah adalah pada waktu pejabat sahaja.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Wednesday, January 6, 2010

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA EX-STUDENTS SKSS1

PIHAK SEKOLAH BERHASRAT UNTUK MENGUMPULKAN SEMUA EX-STUDENTS DALAM 'ALUMNI SKSS1' YANG AKAN DITUBUHKAN OLEH PIHAK SEKOLAH. DIHARAP SEMUA EX-STUDENTS DAPAT MENGIRIMKAN DATA PROFAIL ANDA YANG TERKINI KEPADA PIHAK SEKOLAH TERUTAMANYA YANG SUDAH BEKERJA, MELALUI EMAIL srisuriaone@gmail.com SEGALA KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH.

FORMAT:
1. MAKLUMAT PERIBADI
2. MAKLUMAT KELUARGA
3. MAKLUMAT PENDIDIKAN
4. MAKLUMAT PEKERJAAN

Wednesday, December 30, 2009

CATATAN ALUMNI SKSS1

1. Catatan seorang bapa.


Facebook to me;
Zamri mengirim sesuatu pada Dinding anda dan menulis:

"Tanggal 28.12.2009 ku melangkahkan kaki memasuki halamanmu SRK Sri Suria 1 setelah 23 tahun meninggalkan mu.. tempat aku belajar mengenal dunia.. dan kini aku kembali kepadamu menyerahkan anakku kepadamu untuk dididik menjadi seorang manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara."

2. Catatan seorang ibu. 
From:"noorzail wati" To:srisuria_one@yahoo.com Cc:noorzailfalilawati_mn@ecmlibra.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah...dan seribu kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT di atas kejayaan Sri Suria di dalam memertabatkan kejayaan anak bangsa ke arah kecemerlangan. Tanpa sokongan tenaga pengajar dan kesungguhan untuk berjaya tentunya kecemerlangan ini tidak dapat direalisasikan. Terima kasih cikgu!

Sehingga kini Sri Suria masih dekat di hati saya biarpun sudah 27 tahun ia saya tinggalkan. Setiap kali pulang ke kampung dan menyusuri laluan ke Sri Suria rasa bangga tetap mekar dan berputik di sanubari ..malah tanpa segan saya akan memperkenalkan sekolah yang telah mengajar saya untuk menjadi seorang warga yang berpendidikan. Malah anak2 cukup hafal dengan jalan ke sekolah mama!

Saya memulakan pengajian di SRK Sri Suria pada tahun 1976. Batch pertama di darjah satu.Juga batch yang pertama menamatkan putaran enam tahun (syarat) untuk berada di sekolah rendah! Malah perasaan bangga itu terus mewangi tatkala membaca berita di akhbar utama tentang kecemerlangan Sri Suria sebagai sekolah terbaik di Kelantan dan saya percaya Sri Suria akan berjaya muncul sebagai sekolah rendah keseluruhan terbaik di seluruh negara.

Saya juga percaya perasaan ini akan turut dikongsi oleh sesiapa saja yang pernah menumpang rahmat belajar di bawah bumbung Sri Suria. Maka kenapa rasa kekitaan ini tidak kita panjangkan dengan "menjejak kasih" pelajar2 Alumni Sri Suria yang bertaburan di seluruh negara ketika ini? Tidakkah Sri Suria juga perlu berbangga untuk melihat hasil semaian Sri Suria di dalam melahirkan insan yang cemerlang? Tidak adakah usaha untuk menubuhkan Alumni Sri Suria? Saya percaya ramai anak didik Sri Suria yang ingin kembali ke sekolah sekurang2 nya untuk berkongsi pengalaman atau menyumbang ke arah kecermelangan anak bangsa! Dan manalah tahu kalau2 dengan adanya Persatuan Alumni Sri Suria ini...boleh juga menyumbang kepada tabung kebajikan anak bangsa berbentuk biasiswa atau apa sajalah. Insya Allah. Sekian adanya...

***Kepada semua ex-students Suria 1, fikir-fikirkanlah cadangan mantap yang dibentangkan oleh  Noorzailwati di atas. Semoga ada respons daripada anda semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...