Sunday, October 4, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2009

Majlis sambutan Hari Raya peringkat sekolah diadakan pada 4 September 2009 (Ahad). Semua murid dan guru hadir ke sekolah pada sesi pagi berpakaian hari raya. Majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar. Kemudian Takbir Hari Raya dilaungkan dan disusuli oleh doa selamat oleh Us. Wan Ibrahim. Majlis diteruskan dengan jamuan kuih raya yang dibawa oleh murid dan guru.
Banyaknya kuih raya, tak tau mana nak ambil ni. Letak dalam bekas dululah, lepas tu karang baru makan.
Jamuan Hari Raya diadakan di Dewan Gemilang dihadiri oleh dif-dif jemputan, PPD, Ajk PIBG, guru-guru yang bertukar dan warga Suria 1.

Sir Audi sedang mengawal kesesakan lalu lintas di meja Tahun 2 yang berebut-rebut hendak menjamah kuih raya. Sabar mek...awe...sabarrrrr! Turut kelihatan bertudung merah ialah Teacher Ujie yang turut membantu menenangkan keadaan gawat.

Juara Karaoke Suria 1, Sir Mochtar sedang menyumbangkan suaranya yang 'lunak merdu' menyanyikan lagu Hari Raya buat menghiburkan hadirin di konsert terbukanya yang julung-julung kali diadakan di Dataran Suria. Rupanya ramai gak peminatnya yang minta sain autograf lepas dia berdendang sayang.
Suasana di meja yang menghidangkan pelbagai kuih raya aneka fesyen dan citarasa untuk dinikmati bersama. Aduh, banyaknya pilihan.....Semperit jugak yang laku.

Saya nak kuih tu, cikgu....kata murid bertudung biru tu. Eh...saya bukan cikgu la, saya budak Tahun 6, kata si berbaju bunga tu...Aiiii....kuih di meja Tahun 6 dah habis ker?

Lihatlah pose istimewa saya nie, berbaju biru air laut. Alaa awak, janganla malu....Tak sporting la tutup muka. Kena H1N1 ker? Pi main jauh-jauh lah. Takuuut!

Jelitawan Tahun 6 sedang berposing sakan melaram baju raya yang terkini dengan tudung Ariani. Mahal nie, hak mak saya. Pinjam kejap je, hari ni je mak bagi pakai. Takut koyak nanti...

Lepas ni marilah sama-sama kita bertakbir sempena Hari Raya yang mulia. Sila betulkan suara anda, minum air sejuk dulu ke. Manalah tau, takut Ustaz Wan Hassan suruh kita pulak bertakbir...
Barisan guru-guru wanita melaram baju raya. Bila lagi nak tunjuk gaya kan? Inilah harinya. Gosok baju dekat sejam lepas subuh tadi biar berkilat dan lentik. Auwww....nanti ada pulak manik dan labuci yang tertanggal kang. Eh awak, baju saya ok ke? Awak punya cantik la, ada manik kat tangan. latest fashion nie...

Antara barisan guru-guru yang hadir di perhimpunan pada pagi majlis tersebut. Semua guru dan murid sesi petang pun datang untuk beraya bersama-sama. Ramai jugak warga Suria 1 nie....Kena tambah bangunan lagi nie, baru boleh buat satu sesi.

Kelihatan semua murid Suria 1 sabar menanti saat majlis akan dilangsungkan. Ada yang betulkan songkoklah, ada yang betulkan tudung. Aiii, comel dah ke aku pakai nie? Memang comel dah tu dik....

Thursday, September 17, 2009

TADARUS DAN KHATAM AL QURAN

Tuan GB menyampaikan hadiah kepada 4 orang pelajar yang hafaz Surah Yaasin.
Pn Hjh Zakiyah (guru KAFA) sedang mangalunkan Qasidah bersempena ,majlis tersebut.
Pelajar-pelajar sedang membaca Surah-Surah Lazim di Majlis Khatam Al-Quran.

Selepas UPSR yang baru lalu, para pelajar UPSR telah menyertai Tadarus Al-Quran secara beramai-ramai di surau sekolah. Mereka akan ke surau pada awal pagi untuk bertadarus dengan dibimbing oleh guru-guru Fardhu Ain, guru Pend. Islam, guru j-Qaf dan guru-guru lain.




Pada 17 September 2009, suatu Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan bagi menandakan tamatnya tadarus bagi pelajar-pelajar tersebut. Tuan Guru Besar dan semua guru menghadiri majlis tersebut. Alhamdulillah. Di atas merupakan gambar-gambar sekitar majlis tersebut.

MAJLIS PENYAMPAIAN WANG ZAKAT

Majlis penyampaian wang zakat telah diadakan pada 17 September 2009 bermula pada jam 8.30 pagi di Dataran Suria. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar. Tuan Pengurus Bank Rakyat Cawangan Tanah Merah telah sudi menghadiri majlis ini dan menyampaikan ucapan di majlis ini.
Seramai 151 orang telah terpilih untuk menerima wang zakat yang diagihkan iaitu sejumlah RM7615.00.
Penyumbang wang zakat tersebut didahului oleh Bank Rakyat Cawangan Tanah Merah, Agro Bank Cawangan Tanah Merah, Guru-Guru dan Staf SK Sri Suria (1), CDM Hai-O Tanah Merah iaitu Puan Faridah serta Pn Hjh Che Som Abdullah.
Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas keprihatinan para penyumbang untuk menjadikan AidilFitri pada tahun ini lebih meriah bagi anak-anak yatim di sini.
"Bayar Zakat, Harta Berkat"

Surah Al-Baqarah, Ayat 110 : "Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha melihat apa-apa yang kamu kerjakan."

Tuesday, September 15, 2009

SK SRI SURIA 1 KINI DI FACEBOOK

Kepada semua ex-students dan guru-guru yang sedang dan pernah mengajar di SK Sri Suria 1 kini lebih mudah untuk berhubung dan bertanya khabar kerana Kumpulan Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1 telah diwujudkan di Facebook.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah pergi ke http://www.facebook.com/ dan daftar. Kemudian klik Carian Kumpulan : Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1. Terima kasih kepada moderator Izam Shah iaitu ex-student SKSS1 yang mewujudkan kumpulan ini untuk meneruskan tradisi dan budaya sekolah cemerlang. Harap dapat dimanfaatkan bersama.

'Dengan Facebook, kini lebih mudah berkomunikasi dan berinteraksi.'

PEMANTAUAN SCHOOLNET KE SK SRI SURIA 1

Pemantauan schoolnet telah diadakan di SK Sri Suria 1 pada 15 September 2009. Wakil-wakil dari GITN, Suruhanjaya Multimedia, JPNK, PKG dan PPD turut menyertai rombongan melawat ke sekolah dan meninjau prasarana pengkomputeran di Makmal Komputer.
Perbincangan mengenai permasalahan talian schoolnet dan aduan juga dikemukakan dalam sesi pertemuan yang diadakan bersama Guru Besar sebelumnya. Kelihatan wakil GITN memberi penerangan kepada Pn Hjh Norizan, Ketua Sektor ICT JPN Kelantan.
Pemeriksaan talian schoolnet dibuat oleh GITN untuk memastikan nilai mbps talian tersebut sama ada untuk muat turun dan muat naik.
Apa lagi nak periksa nie.... Komputer nie semua dah habis waranty nie....Hmmm....
Sekolah ni tak ada Pusat Akses ke? Memang tak ada, Puan.
Line ni kadang-kadang ok dan kadang-kadang perlahan. Ada ketikanya langsung tak dapat akses Internet. Kena buat sesuatu nie...
Semua pegawai dan pelawat mengisi Buku Pelawat.

Monday, September 14, 2009

CERAMAH KURSUS PROFESIONAL GURU BESAR

Tn Hj Tengku Hamzah Ku Seman, Guru Besar SK Sri Suria (1)
Pemandangan Hotel Rosa Pasadena, Cameron Highlands di waktu malam.

Pada 13 September 2009, Tuan Guru Besar SK Sri Suria (1) telah menerima jemputan sebagai penceramah pada Kursus Profesional Guru Besar-Guru Besar Sekolah-Sekolah PPD Gua Musang yang telah diadakan di Hotel Rosa Pasadena, Cameron Highlands. Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Tn Hj Tengku Hamzah Ku Seman telah menyampaikan ceramah mengenai tadbirurus sekolah untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Para peserta kursus menghadiri sesi perkongsian pengalaman mengurus sekolah.
Peserta kursus santai sementara menunggu waktu berbuka.
Tempat kursus di Rosa Pasadena, Cameron Highlands.
Tn Hj Tg Hamzah memberikan ceramah Perkongsian Pengalaman Mengurus Sekolah kepada guru besar-guru besar PPD Gua Musang.
Para peserta sedang khusyuk mendengar ceramah oleh Tuan Guru Besar.

Tuesday, September 8, 2009

HARI PEPERIKSAAN UPSR - 8-10 Sept. 2009

Antara ibu bapa yang turut hadir memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.
Sebahagian ibu bapa yang meluangkan masa untuk bersama anak-anak mereka.
Para calon melangkah ke dewan peperiksaan B.
Adik ini sempat bersalaman dengan ibunya sebelum memasuki dewan peperiksaan.
Pn Hjh Wan Saudah Wan Mohammod (PK Pentadbiran) sedang memerhatikan dan memberi semangat kepada calon-calon yang bergerak masuk ke dalam dewan peperiksaan A.
Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Imam Masjid Manal, Tanah Merah.
Semua calon UPSR, guru dan ibu bapa berkumpul untuk bersama-sama berdoa ke hadrat Illahi agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR tahun 2009.
Doa dipanjat, restu dipohon, agar kegemilangan menanti di hujung jalan.
Ya Allah! Hanya padaMu kami berserah dan bertawakkal. Kurniakanlah kejayaan buat kami...
Hanya sekelumit doa agar beroleh kemenangan dan kejayaan dunia akhirat.
Para guru dan ibu bapa khusyuk mengaminkan doa.
Tuan Imam Masjid Manal sedang memimpin doa.
En Nik Ahmad Fuad Nik Nawi (PK Ko) dan Tn Hj Tg Hamzah Ku Seman (Guru Besar) turut bersama-sama para ibu bapa.
Ya Allah, sampaikanlah hajat kami.
Terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir memberi semangat untuk anak-anak mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...