Saturday, July 31, 2010

KEM LEDAKAN MINDA UPSR 2010

Kem Ledakan Minda bagi calon-calon UPSR 2010 SK Sri Suria 1 telah diadakan pada 22 Julai hingga 24 Julai 2010 bertempat di Kem Lata Hujan, Ulu Kusial. Kem ini adalah di bawah anjuran Jawatankuasa Peningkatan UPSR, SK Sri Suria 1. Kem diadakan dengan kerjasama daripada pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia yang juga turut berkampung di sana selama 3 hari 2 malam.

Antara kegiatan yang diadakan semasa kem pada hari pertama ialah ceramah dengan tajuk 'Kehidupan Masa Depan Yang Lebih Bermakna' oleh Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Tanah Merah, Strategi Menjawab Bahasa Melayu Pemahaman, Tazkirah, Riadah serta Qiyamulail.
Manakala pada hari kedua pula adalah Ceramah Motivasi berjudul ' Hidup Bermasyarakat dan Bernegara, serta 'Ketaatan Kepada Ibu Bapa dan Guru' yang disampaikan oleh seorang Professor daripada Universiti Utara Malaysia. Selain itu, aktiviti seterusnya ialah Strategi Menjawab Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu Penulisan serta Persembahan Malam Kebudayaan.
Strategi Menjawab Soalan Sains dan Majlis Penutup pula telah diadakan pada hari ke-tiga. Program ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang baik daripada semua calon-calon UPSR.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...