Wednesday, January 13, 2010

PERJUMPAAN RUMAH SUKAN

Perjumpaan Rumah Sukan diadakan pada hari Rabu 13 januari 2010. Semua pelajar berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing. Agendanya ialan mesyuarat penubuhan jawatankuasa dan perincian program untuk tahun 2010. Antara rumah-rumah sukan yang dibentuk ialah Waja, Kenari, Wira, Putra, Perdana dan Kelisa.







Monday, January 11, 2010

PERJUMPAAN KELAB & PERSATUAN

Perjumpaan pertama Kelab dan persatuan telah diadakan pada hari Isnin, 11 Januari 2010. Semua murid berkumpul di kelas-kelas yang telah ditetapkan dan agenda perjumpaan ini adalah untuk menerangkan aktiviti program di samping memilih jawatankuasa bagi setiap kelab dan persatuan.










MOTIVASI: BAGAIMANA MENDISIPLINKAN DIRI.

Bagaimana untuk mendisiplinkan diri anda…
1. Tahu apa sebenarnya yang anda inginkan.
2. Kenalpasti bagaimana dan tempoh untuk mencapai sesuatu matlamat.
3. Berjanji pada diri untuk memastikan kejayaan.
4. Sabar dengan segala ujian.
5. Bertekad untuk melakukan dengan bersungguh-sungguh.
6. Menguruskan masa dengan bijak.
7. Sentiasa fokuskan minda anda pada pelajaran anda.
8. Sentiasa berfikiran positif dan yakin pada kebolehan diri sendiri.
9. Buang jauh- jauh fikiran dan sikap negatif.
10. Jangan mudah kecewa atau putus-asa.
11. Belajar daripada contoh-contoh kejayaan orang lain.
12. Bersedia menghadapi segala kesusahan.
13. Imbas kembali harapan tinggi orang yang kita sayangi (ayah dan ibu) untuk mengelakkan anda mengalah dengan dugaan.
14. Berkawan dengan orang yang juga tinggi disiplin.
15. Sentiasa mendapatkan sokongan ahli keluarga.
16. Sentiasa mengingati diri sendiri bahawa anda perlu mencapai impian.
17. Sentiasa ingat janji anda pada diri sendiri untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
18. Sentiasa menghormati diri kerana orang yang menghormati diri akan sentiasa patuh pada janjinya pada diri sendiri.
19. Jangan leka, lalai atau cuai semasa belajar dan membuat latihan.
20. Lakukan apa yang orang - orang yang berjaya sentiasa lakukan.
21. Berdoa dan memohon bantuan serta petunjuk daripada Allah s.w.t.
22. Istiqamah.
- adaptasi dari petikan akhbar Berita Harian.

Sunday, January 10, 2010

IKRAR PELAJAR SK SRI SURIA 1

Bahawasanya kami
Pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Suria (1)
Dengan ini berikrar dan berjanji
Bahawa kami akan;
Mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukun Negara
Mendokong misi dan visi sekolah
Menghormati dan mematuhi
Segala peraturan sekolah

Kami berjanji akan belajar
Dengan tekun, cekal dan sabar
Serta bersungguh-sungguh
Untuk mencapai kecemerlangan diri

Kami berjanji
Takwa itu akhlak kami
Cemerlang itu matlamat kami
Hormati guru itu etika kami
Sopan santun itu budi bahasa kami
Kebersihan itu amalan kami
Buku itu teman harian kami
Membaca itu budaya hidup kami.


PERHIMPUNAN PERTAMA 2010


Murid-murid mendengar amanat dari guru bertugas. Perhimpunan minggu ke-2 ini adalah perhimpunan pertama bagi tahun 2010 kerana perhimpunan tidak dapat diadakan pada minggu lepas kerana hujan lebat.


Murid pra-sekolah berhimpun buat pertama kali. Di wajah mereka terpamir keriangan menjejakkan kaki ke sekolah.


Laporan daripada guru bertugas minggu lepas, Cikgu Ahmad Rafidi.


Ucapan daripada Cikgu Anida, guru bertugas minggu ini.


Murid-murid bersemangat melafazkan Rukun Negara.


Ikrar Pelajar pertama kali berkumandang bagi tahun 2010.


Semua  murid melafaz Ikrar Pelajar dengan bersemangat. Semua berdiri tegak sambil mengangkat tangan kanan mengikut lafaz ikrar.


Adik Nor Asikin bt Ehsri dari Tahun 6 Arif sedang memimpin Ikrar Pelajar.


'Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, taat kepada kedua ibu bapa.........'


Guru-guru bersama pentadbir sekolah di pentas perhimpunan.


Murid-murid Tahun 1 sedang mendengar amanat Tuan Guru Besar. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa mulai Isnin, 11 Januari 2010, sembahyang hajat calon UPSR 2010 akan dimulai pada setiap pagi bertempat di Surau al-Syakirin. Majlis tersebut dimulai dengan bacaan Yaasin beramai-ramai diikuti dengan sembahyang hajat yang akan diimamkan oleh Ustaz Wan Hassan dan Ustaz Wan Ibrahim.

Saturday, January 9, 2010

MOTIVASI BELAJAR: AMALAN YANG MENAMBAHKAN DAYA INGATAN


*Solat lima waktu.
*Membaca al-Quran.
*Bersugi (berus gigi).
*Membaca sambil mengadap kiblat dalam wuduk.
*Senyum dan tenangkan fikiran sebelum study / belajar.
*Pemakanan yang seimbang yang dimakan menjadi berkat dan menajamkan akal dengan izin Allah.

*Qiamullail antaranya:
1)solat hajat
2)solat tahajjud
3)solat taubat
4)solat istiqarah(minggu peperiksaan)

*Tinggalkan perbuatan maksiat dan bercakap kosong.
*Ulangkaji 2/3 malam dalam keadaan tidak mengantuk.
*Elakkan makanan berlebihan/minuman berkarbonat.
*Banyakkan makan kismis,anggur,madu dan kekacang.
*Doa kepada ibu bapa,doa untuk kejayaan diri.

*Amalkan – banyakkan mathurat,surah al-waqiah,al-alaq,luqman,yasin dan al-insyirah
*Surah thoha-25/28/20 kali selepas subuh.
*Surah an-najim-58/41 kali.
*Surah an-nur-35/7 kali (pagi)7 kali(petang).
*Surah al-mulk-14/9kali sebelum tidur.
*Minta keredaan ibu,bapa dan guru.

MESYUARAT GURU SKSS1 2010


Mesyuarat guru telah diadakan pada hari Sabtu 9 Januari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat, SK Sri Suria (1) pada jam 8.30 pagi. Mesyuarat merangkumi pelantikan jawatankuasa induk setiap unit kurikulum, hem & kokurikulum di samping membincangkan program-program setiap unit. Mesyuarat dipengerusikan oleh ketua unit masing-masing iaitu PK Pentadbiran & Kurikulum, PK Hal Ehwal Murid dan PK KoKurikulum.Mesyuarat J-QAF pula berlangsung selepas itu bagi membincangkan program-program sepanjang tahun. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Thursday, January 7, 2010

MAJLIS SEMBAHYANG HAJAT CALON UPSR 2010

Pada pagi Khamis, 7 Januari 2010 telah diadakan suatu majlis sembahyang hajat memohon kepada Allah swt semoga diberkati segala kerjabuat dan program-program sekolah pada tahun 2010 ini terutamanya segala perancangan dan aktiviti ke arah peningkatan pencapaian UPSR.



Majlis sembahyang hajat tersebut disertai oleh semua pelajar Tahun 6 dan 5 serta guru-guru bertempat di Surau al-Syakirin. Selepas sembahyang, Tuan Guru Besar, Hj. Tengku Hamzah b. Ku Seman telah menyampaikan amanatnya kepada semua murid Tahun 6 agar berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tawakkal dalam mengorak langkah menuju ke arah visi dan misi sekolah dan cita-cita individu. Beliau juga meminta pelajar-pelajar menyampaikan salamnya kepada para ibu bapa pelajar-pelajar dan memohon kerjasama dan sokongan padu untuk memartabatkan pendidikan khasnya di sekolah ini.




Wednesday, January 6, 2010

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA EX-STUDENTS SKSS1

PIHAK SEKOLAH BERHASRAT UNTUK MENGUMPULKAN SEMUA EX-STUDENTS DALAM 'ALUMNI SKSS1' YANG AKAN DITUBUHKAN OLEH PIHAK SEKOLAH. DIHARAP SEMUA EX-STUDENTS DAPAT MENGIRIMKAN DATA PROFAIL ANDA YANG TERKINI KEPADA PIHAK SEKOLAH TERUTAMANYA YANG SUDAH BEKERJA, MELALUI EMAIL srisuriaone@gmail.com SEGALA KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH.

FORMAT:
1. MAKLUMAT PERIBADI
2. MAKLUMAT KELUARGA
3. MAKLUMAT PENDIDIKAN
4. MAKLUMAT PEKERJAAN

Tuesday, January 5, 2010

SECEBIS KISAH ANAK DIDIK DI BUMI MESIR

Sebagai seorang guru, jauh di kolong hati kecil saya amat gembira dan terharu kerana telah mendapat perkhabaran dari bekas anak didik yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Mesir. Meskipun saya dan guru-guru di Suria 1 hanya mendidik di peringkat sekolah rendah sahaja, namun ianya meninggalkan kesan yang abadi dan mendalam di lubuk jiwa. Daripada seseorang murid itu tidak tahu membaca, menulis dan mengira semasa mula menjejakkan kaki ke sekolah dan telah didik selama enam tahun sehinggalah menghadapi UPSR. Berikut saya siarkan ungkapan daripada Marwan bin Hj. Mohamad buat tatapan semua dan anak-anak didik yang bakal menghadapi UPSR 2010 nanti sebagai motivasi dan pembakar semangat untuk terus gigih berusaha mencapai cita-cita kalian.




Facebook to me: show details Jan 4 (1 day ago)
Marwan telah menghantar pesanan kepada anda.
--------------------
Per: salam dari suria 1

Sir.lamo doh tok jupo,kecek dengan Sir. Ingat lagi dulu maso skoloh. Terimo Kasih banyak, Sir. Semoga ALLAH "beli' dengan syurga.Selepas sy tamat tingkatan 5 (SPM 2008)dulu, sy melanjutkan pelajaran di Bumi Anbia, Mesir dalam bidang perubatan.Sy baru jah sampai sini, Sir.

Berlepas ke Mesir, bulan 9, 2009 dulu. Umpama satu pengorbanan y besar kpd sy , tinggal Ummi, Ayah , Jalan Klinik, Tanah Merah, Kelantan. Pembelajaran dan kehidupan di sini berbeza dengan y telah sy lalui d tanah air,Sir. Awal-awal tiba di sini dulu,nk beli barang pun seolah-olah mencabar.Y tu paggil apa dalam bhasa Arab, y ni apa. Tapi, nasib ad senior y tolong.

Pernah dulu, sy nk beli alat y utk tolak air y ad batang macam penyapu, tapi di hujungnya tu macam wiper kereta.Tak tahu sebut apa dlm bhasa Arab,tpi nasib baik senior ad y tolong. ALHAMDULILLAH. Kalu d sekoloh menegah dulu, makan, ad oghe sedio, ado dewan makan, ad kantin. Pendek kata, mudahlah makan tu.ALLAH mudahkannya. Tapi, di negara org ni, sy umpama seorang y org dewasa y masih belajar. Kena masok sndiri.

Sebenarnya sy masih bernasib baik krna berada di samping saudara-saudara ISLAM kita walaupun berbeza bahasa y dugunakan. Makanan y halal tu, maknanya mudahlah untuk didapati,Sir. Macam Malaysia la jgak. Dari segi pelajaran, jauh sungguh bezanya dengan zaman sekolah menengah. Dulu, cikgu-cikgu umpama tidak tahu apa itu jemu mengajar, mengajar dan mendidik. Tapi sekarang ni Sir, banyak y kena balajar sendiri, study sendiri, cari sendiri, fikir sendiri. Bahan y nk ditelaah, study, kena cari sendiri, print sendiri. Pendek kata, bnyak la keno berdikari.

Buat pengetahuan Sir, ramai jga bekas pelajar Sk Sri Suria 1 di sini.Yang satu kelas dengan sy dulu pun, dah 3 orang termasuk sy. Antaranya sy, anak Cikgu Sumati, Amalina, dan Zalikha Afiqah bt.Zabir. Ad ramai juga senior dari kami d Sk Sri Suria d sini. Ramailah senang crita. Kalau org Kelantan tuh, meme ramai la ,Sir. Mungkin jumlah terbesar d Mesir. Opss,,terlupa pula tentang Universiti. Sy belajar d Mansoura University, Mansurah yang mungkin 4 jam dari Ibu Negara Mesir, Qaherah.

Tapi, dari rumah sewa sy hanya mengambil masa lebih kurang 25 minit jalan kaki . Kalau naik teksi, kalau duit Malaysia, mungkin RM 1.20 satu kereta. Memang murah berbanding dengan di Malaysia .Walau d mana , apa jua y kita lakukan, apa y penting ialah solat kita. Sy harap, adik-adik d Sri Suria menjadi generasi y menjaga solat kpd ALLAH. Ia umpama kunci kepada segala-segala. Tiang Agama. Semoga ISLAM akan bersinar d Malaysia .

-Marwan Bin Mohamad ,Mansoura,Mesir(Egypt)

CABARAN PELAJAR CEMERLANG

Cabaran dan Halangan Yang dihadapi Oleh Pelajar.
1. Peribadi.
2. Rakan Sebaya.
3. Sekolah.
4. Ibu bapa.
5. Masyarakat.
6. Alam Sekitar.
7. Lain-lain.


Jenis-jenis Golongan Pelajar.
1. Akademik Baik dan Akhlak Mulia.
2. Akademik Sederhana dan Akhlak Mulia.
3. Akademik Lemah dan Akhlak Mulia.
4. Akademik Baik dan Akhlak Sederhana.
5. Akademik Sederhana dan Akhlak Sederhana.
6. Akademik Lemah dan Akhlak Sederhana.
7. Akademik Baik dan Akhlak Keji.
8. Akademik Sederhana dan Akhlak Keji.
9. Akademik Lemah dan Akhlak Keji.


* Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, kita mestilah berada di dalam golongan yang mana? Fikir-fikirkanlah wahai anak didik sekalian.

Sunday, January 3, 2010

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2010


Hari ini adalah hari pertama sesi persekolahan 2010. Ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka awal ke sekolah, terutama murid-murid Tahun 1 yang akan mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Cuaca hari ini agak dingin dan hujan turun dengan lebat sejak semalaman lagi. Air melimpahi jalan di mana-mana. Dan dugaan yang paling berat adalah untuk mengharungi kesesakan lalulintas seawal jam 6 pagi lagi. Perjalanan sejauh hanya 3-4 kilometer mengambil masa kira-kira 40 hingga 60 minit untuk tiba ke sekolah kerana limpahan kenderaan di jalan menuju sekolah. Apa-apa pun, alhamdulillah kerana hujan tidak berpanjangan. Harap-harapnya hujan ini adalah hujan rahmat daripada Allah swt. Semoga tahun ini akan menjanjikan kesejahteraan buat semua warga Sri Suria 1.

Saturday, January 2, 2010

KELAB CEGAH JENAYAH PADA PERINGKAT SEKOLAH RENDAH



KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan kelab pencegahan jenayah pada peringkat sekolah rendah bagi menyemai budaya antijenayah di peringkat kanak-kanak.

Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata setakat ini, sebanyak 70 peratus iaitu 3,000 sekolah menengah di seluruh negara sudah menubuhkan kelab itu dan usaha akan terus dipergiatkan dengan kerjasama daripada pihak guru pada tahun ini.

"Kalau kita nak semaikan budaya antijenayah, kita harus mulakan dengan generasi muda. "Justeru, kita akan memohon kebenaran pihak kementerian supaya kelab ini dapat diwujudkan pada peringkat sekolah rendah selain menggiatkan usaha menambah bilangan penyertaan sekolah menengah," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Lee berkata, pihaknya mempelawa badan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama melaksanakan program pencegahan jenayah dalam kelompok lebih kecil supaya kesedaran mengenainya menyentuh pelbagai peringkat.

"Kita bersedia membimbing NGO termasuk persatuan penduduk, persatuan perniagaan atau kebudayaan yang ingin mengadakan program dan kita boleh membantu dari segi memberikan maklumat dan garis panduan mengenai pencegahan jenayah.

"Selain itu, kita juga akan aktifkan MCPF peringkat negeri supaya lebih banyak program di kawasan daerah dapat dilaksanakan," katanya. Beliau juga berharap pihak polis dapat meningkatkan usaha memerangi jenayah terutamanya jenayah jalanan yang semakin ber-leluasa. "Perlu ada suntikan baru dalam usaha dalam memerangi jenayah termasuk dengan membabitkan orang ramai.

"Kita akan lebih aktif membantu pihak polis untuk mencapai NKRA (Bidang Keberhasilan Utama) mengurangkan jenayah jalanan di negara ini sebanyak 20 peratus," katanya. Katanya, NGO yang berminat untuk bekerjasama dalam penganjuran program pencegahan jenayah boleh menghubungi MCPF di talian 03-22601954.
Source: Utusan Online 2.1.2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...