Monday, August 30, 2010

PELAKSANAAN PENGISIAN PPPLD (KUP) KE HAKIKI DGA32

Makluman untuk semua guru berkenaan PELAKSANAAN PENGISIAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPLD) YANG DINAIKKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) KE JAWATAN HAKIKI GRED DGA32.

Mana-mana guru yang layak memohon ( lantikan KUP 01.01.2000 hingga 31 Disember 2004) sila ambil borang di pejabat sekolah dan borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum 06 September 2010.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

 Pejabat
SKSS(1)

Wednesday, August 25, 2010

PELANTIKAN AJK PENAJA PERSATUAN ALUMNI SK SRI SURIA 1 2010-2012

Mesyuarat pertama AJK Penaja Persatuan Alumni SK Sri Suria 1 telah diadakan pada 22 Ogos 2010 (Ahad) pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Wawasan sekolah. Semoga Persatuan Alumni SKSS1 ini akan berkembang dan mendapat sambutan menggalakkan dikalangan bekas-bekas pelajar sekolah ini. Sesungguhnya banyak peranan yang boleh dimainkan oleh persatuan ini untuk sama-sama mengembling tenaga bagi memajukan sekolah agar terus cemerlang dan gemilang.


Pengerusi : Tuan Hj Nik Mohd Azlan b Hj Abdul Hadi
Timbalan Pengerusi: Prof. Madya Dr Hj Nik Kamaruzaman b Hj Abdul Latif
Setiausaha: En Nik Ahmad Fuad b Nik Nawi
Bendahari: Puan Rosnina bt Abdullah
Ahli Jawatankuasa: 
Tuan Hj Razuki b Abdul Rauf
En Mohd Hanuzi b Zaharim
En Kamaruzzaman b Mohamad
En Mohd Balis b Abdullah
Pn Hjh Faridah bt Hj Muhd Noor
Pn Norizahana bt Harun

Sebagai permulaan, antara aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Persatuan Alumni ini adalah Program Bina Insan (Motivasi) dan Motivator Hari Anugerah Cemerlang.

Sunday, August 1, 2010

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2010

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1 telah diadakan pada 1 Ogos 2010 bertempat di Dataran Suria 1. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, YM Tn Hj Tg Hamzah bin Ku Seman.

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan warganegara yang cinta dan sayangkan negara Malaysia serta menjadi rakyat yang bertanggungjawab.

Antara objektif program ialah menghayati dan memahami erti kemerdekaan, memupuk semangat cintakan negara, melahirkan semangat kerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Pelaksanaan program bulan kemerdekaan ini berlangsung dari 1 Ogos hingga 16 September 2010.

Saturday, July 31, 2010

KEM LEDAKAN MINDA UPSR 2010

Kem Ledakan Minda bagi calon-calon UPSR 2010 SK Sri Suria 1 telah diadakan pada 22 Julai hingga 24 Julai 2010 bertempat di Kem Lata Hujan, Ulu Kusial. Kem ini adalah di bawah anjuran Jawatankuasa Peningkatan UPSR, SK Sri Suria 1. Kem diadakan dengan kerjasama daripada pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia yang juga turut berkampung di sana selama 3 hari 2 malam.

Antara kegiatan yang diadakan semasa kem pada hari pertama ialah ceramah dengan tajuk 'Kehidupan Masa Depan Yang Lebih Bermakna' oleh Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Tanah Merah, Strategi Menjawab Bahasa Melayu Pemahaman, Tazkirah, Riadah serta Qiyamulail.
Manakala pada hari kedua pula adalah Ceramah Motivasi berjudul ' Hidup Bermasyarakat dan Bernegara, serta 'Ketaatan Kepada Ibu Bapa dan Guru' yang disampaikan oleh seorang Professor daripada Universiti Utara Malaysia. Selain itu, aktiviti seterusnya ialah Strategi Menjawab Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu Penulisan serta Persembahan Malam Kebudayaan.
Strategi Menjawab Soalan Sains dan Majlis Penutup pula telah diadakan pada hari ke-tiga. Program ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang baik daripada semua calon-calon UPSR.






Tuesday, July 20, 2010

PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE PRASEKOLAH BAGI PERSEKOLAHAN TAHUN 2011

Kepada semua ibu bapa/penjaga.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah Jabatan Pelajaran Kelantan telah menyeragamkan tarikh mengeluarkan iklan permohonan ke Prasekolah bermula 15 Julai hingga 15 Ogos 2010.

Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2005 hingga 1.1.2006 dan 2.1.2006 hingga 1.1.2007 layak memohon. Borang Permohonan kelas Prasekolah boleh diperolehi di sekolah seperti berikut;

Tarikh: 15 Julai - 15 Ogos 2010
Hari:     Hari Bekerja.
Masa:  Waktu Pejabat.

Ibu bapa/Penjaga perlu membawa Sijil Lahir kanak-kanak berkenaan bagi mendapatkan Borang Permohonan. Kerjasama dan keprihatinan tuan puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

Monday, July 19, 2010

PERTANDINGAN ACTION SONGS DAN STORY TELLING PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Pertandingan Action Songs dan Story Telling Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan di SK Sri Kelewek pada 18 Julai 2010 di mana setiap Pejabat Pelajaran Daerah diwakili oleh sekolah-sekolah yang menjadi Juara / Johan setiap kategori dalam pertandingan di peringkat daerah. PPD Tanah Merah diwakili oleh SK Sri Suria 1 yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Action Songs dan telah memenangi tempat ke-tiga dalam pertandingan peringkat negeri ini. Tahniah kepada semua murid dan guru yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menempatkan SK Sri Suria 1 sebagai sekolah yang cemerlang dalam acara-acara kokurikulum dan ko-akademik.







Tuesday, July 6, 2010

PELAKSANAAN PROGRAM SERP

Program SERP (Special English Reading Programme) iaitu program galakan membaca buku-buku dalam Bahasa Inggeris telah menarik minat murid-murid untuk membaca buku-buku dalam Bahasa Inggeris bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan juga meluaskan lagi perbendaharaan kata yang dikuasai oleh murid-murid. Program ini selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran iaitu menggalakkan Budaya Membaca di kalangan warga sekolah.

PENGISIAN DATA EMIS PPD TANAH MERAH

Pengisian data EMIS bagi bulan Julai bagi sekolah-sekolah PPD Tanah Merah telah diadakan pada 5 Julai 2010 bertempat di Makmal Komputer SK Sri Suria 1. Semua sekolah di bawah PPD Tanah Merah diwakili oleh guru-guru data sekolah masing-masing.

Sunday, July 4, 2010

MAJLIS PELANCARAN SEMARAK NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2010

Majlis pelancaran Semarak Nilam Peringkat Sekolah bagi tahun 2010 telah diadakan pada 4 Julai 2010 bertempat di Dataran Suria. Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Sri Suria 1, YM Tuan Haji Tengku Hamzah bin Ku Seman.

Tema Program Nilam adalah 'Membaca Menjana Minda' dengan rasionalnya ke arah memupuk minat murid membaca yang berterusan di kalangan murid. program ini adalah sebagai satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan para murid sehingga wujudnya tabiat dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Dalam majlis ini juga murid-murid yang mendapat anugerah juga turut diraikan. Seramai 18 orang murid mendapat Pingat Gangsa, 2 Perak, 1 Nilam dan 2 Emas. Cenderamata telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar. Di penghujung majlis, semua guru dan murid turut sama menyanyikan lagu tema Program Nilam.

Monday, May 31, 2010

KEJOHANAN JEMPUTAN TAEKWANDO PPD TANAH MERAH 2010

SK Sri Suria 1 telah muncul sebagai Juara Keseluruhan Kategori Sekolah Rendah dalam pertandingan sengit yang disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh negeri Kelantan. Kejohanan ini telah diadakan di SMK Belimbing, Tanah Merah pada Jumaat lepas, 28 Mei 2010. Tahniah dan Syabas kepada semua peserta Suria 1!


WAKIL SURIA 1 KE MALAYSIAN CYBERGAMES FESTIVAL 2010

SK Sri Suria 1 telah menghantar 8 orang peserta mwakili sekolah ke Malaysia Cybergames Festival yang telah diadakan di BTPN, Pengkalan Chepa pada 30 Mei 2010.

Thursday, May 20, 2010

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS ANJURAN JPN DAN PUSTAKA NEGERI KELANTAN

Pertandingan tersebut akan diadakan mengikut butiran berikut:

TARIKH : 26 MEI 2010
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : PPD TANAH MERAH
PENYERTAAN : SEMUA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
PESERTA : SEORANG WAKIL UNTUK BAHASA MELAYU
SEORANG WAKIL UNTUK BAHASA INGGERIS
TAJUK : AKAN DIBERIKAN PADA HARI PERTANDINGAN
KELENGKAPAN : SILA BAWA PERALATAN MENULIS. KERTAS AKAN DISEDIAKAN.
Kepada semua pelajar SK Sri Suria 1, sila dengar pengumuman daripada pihak sekolah untuk butiran selanjutnya.

Wednesday, May 19, 2010

PENGUMUMAN KEPADA PELAJAR TAHUN 6 2009

MAJALAH SEKOLAH TAHUN 2009 SUDAH BOLEH DIAMBIL MELALUI GURU KELAS MASING-MASING PADA TAHUN 2009 LALU PADA MASA PERSEKOLAHAN. SEKIAN DIMAKLUMKAN.


Sunday, May 16, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada Ahad 16 Mei 2010.  Pelbagai acara diadakan bagi memenuhi sambutan tersebut.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...