Tuesday, November 10, 2009

CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR (RIMUP)








Pemandangan SK Tanah Merah 1 - venue Program RIMUP 3 buah sekolah iaitu SK Tanah Merah 1, SK Sri Suria 1 dan SJK (C) Yuk Cheng, Tanah Merah, Kelantan.

Ceramah Motivasi Kecemerlangan UPSR bagi murid Tahun 6 2010 di bawah Program RIMUP diadakan pada 11 November 2009 bertempat di SK Tanah Merah 1 dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Ceramah ini melibatkan seramai 120 orang murid Tahun 5 dari 3 buah sekolah iaitu murid SK Sri Suria 1, SK Tanah Merah 1 dan SJK (C) Yuk Cheng. Seawal jam 8.00 pagi, semua murid berkumpul di dewan SK Tanah Merah 1 diikuti dengan perasmian oleh Ybrs. YM Tuan Haji Tengku Hamzah bin Ku Seman, Pengerusi RIMUP.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Motivasi 1 oleh Ybrs. Puan Noor Hayati dari SK Kadok diikuti dengan diikuti dengan Ceramah Motivasi 2 oleh Ybrs. En Adam bin Mohd Zain, Pegawai dari Jabatan Pelajaran Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...