Monday, November 9, 2009

MAJLIS KHATAM QURAN TAHUN 5

Majlis Khatam Quran


Majlis Khatam Al Quran murid Tahun 5 telah diadakan di Surau asSyakirin, SK Sri Suria 1 pada 8 November 2009 pada jam 9.00 pagi. Majlis ini adalah satu majlis pengiktirafan kepada murid-murid Tahun 5 (j-QAF) dan Tahun 6 atau calon UPSR iaitu seramai 240 orang yang telah berjaya menamatkan bacaan Al Quran.



Al Quran merupakan sumber perundangan Islam yang pertama. Maka wajarlah pemupukan kecintaan dan minat terhadap Al Quran ditanam di peringkat sekolah rendah lagi untuk menghidupkan syiar Islam peninggalan Rasulullah saw.


Menanamkan rasa kasih sayang dan cinta kepada kitab suci Al Quran serta melahirkan generasi Al Quran yang cemerlang, gemilang dan terbilang merupakan matlamat program ini.


Antara objektif program pula ialah menambahkan keyakinan dengan bacaan dan penguasaan ilmu tajwid dalam pembacaan seharian, menghargai dan mengiktiraf kejayaan murid menghabiskan bacaan dalam masa yang ditetapkan serta memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka. Selain itu program ini diharap dapat menarik minat murid-murid lain untuk membaca dan khatam Al Quran.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...